Tuesday 16 July 2013

Banner untuk Jemputan Alumni

Klik gambar untuk lihat imej besar..

Alumni (1991-1995)

Penubuhan alumni ini adalah idea dan cadangan dari salah seorang bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Sungai Besar iaitu pada tahun 2013. Idea ini telah diusulkan kepada pihak sekolah dan mendapat persetujuan dari pihak sekolah. Alumni ini khas untuk bekas pelajar-pelajar yang lahir pada tahun 1991 hingga 1995 tetapi yang lahir pada tahun selain itu boleh untuk melibatkan diri dalam alumni ini.

Alumni ini ditubuhkan bagi menjejaki semula bekas pelajar-pelajar yang telah keluar dari SAMTAJ. Disamping itu, alumni ini juga dapat menemukan semula bekas pelajar-pelajar dengan guru-guru atau bekas guru-guru di SAMTAJ bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain. Hubungan yang telah terjalin sejak dahulu lagi seharusnya dikekalkan kemesraannya dan tidak baik jika hubungan ini menjadi renggang.

Antara Objektif penubuhan Alumni ini ialah:



  1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.
  2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.
  3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.
  4. Menjadi satu saluran selain PIBG untuk pelajar dan ibubapa, penjaga pelajar  menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.
  5. Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
  6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SAMTAJ.
  7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
  8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan. 
 
Logo Alumni SAMTAJ..
 

Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Tiada pihak yang akan mendapat kesan negatif daripadanya. Jadi semua golongan harus bekerjasama agar penubuhan Alumni SAMTAJ dapat direalisasikan dengan jayanya.